Saturday, June 30, 2012

Da Habis Belajar ! ^.^















Mereka semua lah yang sentiasa mewarnai kehidupan sepanjang saya 3 tahun belajar di MAHSA UNIVERSITY COLLEGE . Mereka lah insan-insan yang paling terbaik yang pernah saya kenal sepanjang 3 tahun belajar di tempat tersebut . Terima kasih untuk segala-gala kenangan pahit manis yang pernah kita semua hadapi selama 3 tahun perkenalan . Mereka lah sebenarnya tulang belakang saya selain daripada family saya dengan memberi kekuatan dan semangat untuk belajar , jikalau saya tidak mengenali mereka semua , saya pasti sudah tumbang awal-awal lagi . Terima kasih tidak terhingga kepada insan-insan istimewa seperti mereka . Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada terkasar bahasa , tersilap bicara dan membuat anda semua berkecil hati dengan saya . Saya sayang anda semua sangat-sangat . Semoga perkenalan kita semua berakhir sampai ke syurga . ~SSS~ BFF~ FAMILIES~ Forever & Ever .
Saya mendoakan semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang kita ceburi . AMIN ya rabbal alamin .
LOVE YOU ALL SO MUCH !
Tidak lupa juga IBUBAPA tercinta,adik beradik dan saudara-mara yang banyak memberi sokongan dari semua segi . Tanpa mereka siapa lah saya di dunia ni . Sekalung penghargaan juga buat para lecturers,klinikal intrusktor, rakan-rakan seperjuangan yang lain,para jururawat yang pernah memberi tunjuk ajar,YOUNG & DANGEROUS BROTHERS dan sesiapa yang pernah membantu saya sepanjang menuntut di MAHSA UNIVERSITY COLLEGE .
Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekali lagi andai ada yang terasa dengan hasil "BLOGGING" saya ni kerana saya tidak pandai mengarang sebenarnya .
Buah chempedak diluar pagar , ambil galah tolong jolokkan , saya budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan . ^.^