Wednesday, September 21, 2011

Sekadar Luahan ^.^

Kita selalu dengar lelaki selalu mempermainkan perasaan wanita bukan !?
Tetapi bagaimana pula dengan wanita mempermainkan perasaan lelaki ?!
Sekarang ni tiada beza !
Semua sama saja .
Pengalaman yang baru saya lalui kali ni bagaimana hendak digambarkan ?!
Selama tiga bulan kami berkenalan antara satu sama lain dengan segala kata-kata dan janji manis sebenarnya
Semuanya hanyalah DUSTA belaka .
Dengan senang saya ditolak demi "??????" .
Apa salah saya sampai diperlakukan begini ?!
Selepas tiga bulan ,
Dengan senang kamu berkata tidak pernah sayang dan tiada perasaan sayang !
Kenapa kamu menerima  aku semasa meminta mahu berkenalan dengan lebih "serius" lagi sewaktu dahulu !?
Sewaktu saya semakin sayang terhadap kamu
Dengan apa yang sudah dilalui selama kita 'berkenalan'
Dengan senang kamu "buang" macam sampah demi "?????" !
Sampai hati kamu memperlakukan saya begini .
Tetapi tidak mengapa ,
Saya tidak berdendam dengan kaum-kaum hawa kerana tidak semua bersifat begitu bukan !
Ingatlah wahai teman-teman sekalian ,
Jika mahu mengenali seseorang tidak kira lelaki ataupun perempuan
Kenali hati budi masing-masing dengan lebih rapat,mendalam dan lebih lama lagi
Kerana jika mahu mengenali budi pekerti seseorang memerlukan masa yang lama
Dan bukannya secara masa yang singkat .
Akan tetapi jikalau sudah suratan takdir
Jodoh tidak akan kemana-mana .
Semuanya kuasa ALLAH S.W.T
Kita hanya mampu berdoa agar dijodohi dengan insan yang betul sesuai dengan diri kita ini .
Yang menentukannya hanyalah ALLAH S.W.T
Konklusinya ,
Jangan lah kita mempermainkan perasaan seseorang kerana ALLAH maha adil
Dengan setiap perbuatan yang dilakukan pasti ada balasannya .
Ingatlah jika kita tidak menyayangi seseorang
Jangan kita memberi harapan palsu kepada insan tersebut .
Berterus-terang lah demi kebaikan dan kebahagian kehidupan masing-masing
Saya mendoakan semua teman-teman mempunyai kehidupan lebih baik dan diberkati oleh ALLAH S.W.T
Disamping orang yang tersayang
AMIN ^.^
Peace No War