Wednesday, September 21, 2011

Sekadar Luahan ^.^

Kita selalu dengar lelaki selalu mempermainkan perasaan wanita bukan !?
Tetapi bagaimana pula dengan wanita mempermainkan perasaan lelaki ?!
Sekarang ni tiada beza !
Semua sama saja .
Pengalaman yang baru saya lalui kali ni bagaimana hendak digambarkan ?!
Selama tiga bulan kami berkenalan antara satu sama lain dengan segala kata-kata dan janji manis sebenarnya
Semuanya hanyalah DUSTA belaka .
Dengan senang saya ditolak demi "??????" .
Apa salah saya sampai diperlakukan begini ?!
Selepas tiga bulan ,
Dengan senang kamu berkata tidak pernah sayang dan tiada perasaan sayang !
Kenapa kamu menerima  aku semasa meminta mahu berkenalan dengan lebih "serius" lagi sewaktu dahulu !?
Sewaktu saya semakin sayang terhadap kamu
Dengan apa yang sudah dilalui selama kita 'berkenalan'
Dengan senang kamu "buang" macam sampah demi "?????" !
Sampai hati kamu memperlakukan saya begini .
Tetapi tidak mengapa ,
Saya tidak berdendam dengan kaum-kaum hawa kerana tidak semua bersifat begitu bukan !
Ingatlah wahai teman-teman sekalian ,
Jika mahu mengenali seseorang tidak kira lelaki ataupun perempuan
Kenali hati budi masing-masing dengan lebih rapat,mendalam dan lebih lama lagi
Kerana jika mahu mengenali budi pekerti seseorang memerlukan masa yang lama
Dan bukannya secara masa yang singkat .
Akan tetapi jikalau sudah suratan takdir
Jodoh tidak akan kemana-mana .
Semuanya kuasa ALLAH S.W.T
Kita hanya mampu berdoa agar dijodohi dengan insan yang betul sesuai dengan diri kita ini .
Yang menentukannya hanyalah ALLAH S.W.T
Konklusinya ,
Jangan lah kita mempermainkan perasaan seseorang kerana ALLAH maha adil
Dengan setiap perbuatan yang dilakukan pasti ada balasannya .
Ingatlah jika kita tidak menyayangi seseorang
Jangan kita memberi harapan palsu kepada insan tersebut .
Berterus-terang lah demi kebaikan dan kebahagian kehidupan masing-masing
Saya mendoakan semua teman-teman mempunyai kehidupan lebih baik dan diberkati oleh ALLAH S.W.T
Disamping orang yang tersayang
AMIN ^.^
Peace No War

Saturday, April 30, 2011

"Luahan Diri"

Semua orang ingin bercinta bukan ?
Tipu la kalau saya tidak ingin bercinta !
Semua orang bertanya kenapa saya tidak mempunyai teman wanita lagi ?
Sebenarnya saya sudah menjumpai seseorang yang saya rasa sesuai dengan diri saya tetapi Masalahnya sekarang ni 'hati kata mahu pikiran pula tidak mahu ' !?
Kenapa perkara ini terjadi dengan diri saya ?
Jawapannya mudah sahaja
-Saya terlalu banyak berpikir daripada melakukan sesuatu perkara !
-Saya takut jika saya mempunyai teman istimewa , saya akan mengabaikan kawan2 dan terutama keluarga saya .
-Saya takut melakukan kesilapan2 seperti kesilapan2 yang kawan2 saya telah lakukan kepada teman mereka .
-Saya takut akan melukakan hati dan perasaan kepada bakal teman istimewa tersebut .
-Saya takut akan melakukan perkara yang saya tidak mahu lakukan kepada bakal teman istimewa
-Saya takut , takut dan takut .

Dengan Sokongan family dan rakan2 , syukur alhamdulillah hidup saya tidak mengalami masalah seperti kesunyian atau bersedih kerana tidak mempunyai teman istimewa . Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang walaupun tidak mempunyai teman disisi Tetapi pada waktu ni saya sudah berpikir secara masak2 , saya harus menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana akan menamatkan pengajian tidak lama lagi . Keluarga harus diutamakan dahulu . Andai kata saya betul2 menemui teman yang sudi berkongsi segala2nya(jangan pikir bukan2 ek) bersama saya dan "dier" betul2 memahami saya dan saya betul2 memahami dirinya dan andai sudah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T kami dijodohkan . InsyaALLAH saya akan menjadi berani dan berjuang untuk mendapatkan "dier" menjadi teman hidup saya sehidup semati dengannya . Saya berdoa semoga saya akan dipertemukan dengan wanita yang baik dan boleh membimbing saya ke jalan yang benar dan saya boleh membimbing dirinya ke jalan benar juga .

Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh keluarga dan rakan-rakan saya yang telah menyokong,menasihati diri ini ketika salah dan silap,memberi semangat dan motivasi ketika diri ini sangat memerlukannya . saya sayang anda semua . saya menyusun sepuluh jari dan minta maaf sangat2 andai diri ini terkasar bahasa,gurauan yang menyakitkan hati, dan apa jua yang dirasakan salah di mata anda semua . sekian , terima kasih .
Ikhlas Dari Hati ,
IFWAN AIDIL .